Perkhidmatan Penempatan Semula

Perkhidmatan Tambahan

Park Place Technologies menyediakan perkhidmatan penempatan semula bagi membantu usaha penggabungan organisasi anda

Anda mungkin perlu menempatkan semula aset IT anda atas pelbagai sebab, seperti sebagai penyedia perkhidmatan awan. Sama ada ia merupakan pemulihan bencana atau peralatan pengeluaran yang aktif, Park Place Technologies menyediakan perkhidmatan penempatan semula, mengalihkan beberapa peralatan ke tapak yang berbeza atau memindahkan seluruh sistem ke kemudahan penempatan bersama pada penjimatan kos yang lebih besar berbanding OEM yang memberi perkhidmatan yang sama.

Pasukan kejuruteraan lapangan berpengalamankami  akan memberi anda kemudahan rakan perniagaan yang boleh dipercayai serta keyakinan pengurangan risiko. Pelan projek lengkap yang merangkumi 29 perkara disediakan dengan kerjasama pelanggan yang juga meluluskannya sebelum pelantikan Park Place Technologies.

Penempatan semula peralatan termasuk:

  • Menentukan nilai dan keperluan tahap insurans bagi peralatan
  • Memeriksa laluan dan ambang pintu peralatan untuk pelepasan
  • Memeriksa keupayaan untuk memuatkan dan menurunkan muatan di kedua-dua tapak asal dan destinasi
  • Memutuskan sambungan dan menyahpasang peralatan daripada rangkaian
  • Membungkus, memuatkan dan mengangkut peralatan
  • Memasang semula peralatan termasuk mengemaskan mana-mana dan semua perkakasan yang tidak dipasang dengan kemas
  • Mengesahkan, melabelkan dan mengetatkan semua sambungan

Perkhidmatan Tambahan

Park Place Technologies juga menyediakan perkhidmatan profesional IT untuk membantu kitaran hayat peralatan anda melalui naik taraf perkakasan dan pemasangan serta perkhidmatan pelupusan.

What our customers are saying

""Semuanya adalah cemerlang. Kami membuat keputusan yang betul untuk melantik Park Place Technologies. Terima kasih!""
Richard Ruggiero
Ketua Pegawai Teknologi, FW Webb Company